Thursday, 19 January 2017

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Assalammualaikum w.b.t 😎
Kepada Adik-Adik yang baru habis SPM tahun lepas, dan kepada sesiapa sahaja yang nak sambung belajar atau masih tercari-cari course apa yang nak diceburi tapi masih tak jumpa hala tujuan, harini ciknin nak share sikit tentang course  Diploma Teknologi Maklumat @ Diploma Information Technology.

Kepada yang dah tahu tentang course ni, Alhamdulillah boleh lah fikir sama ada berminat atau tak, tapi kepada yang tak tahu boleh continue reading okay! 

Di sini saya nak jelaskan, course ni sebenarnya sangat sesuai kepada sesiapa yang minat belajar berkaitan dengan computer, yang teringin nak sambung degree science computer pun boleh ambik course ni, senang cerita ya kawan-kawan sesiapa yang memang minat menghadap computer, memang boleh lah ceburi bidang ni! ahem. Alhamdulillah saya pun dah ceburi bidang ini, hehehe. Oh ya, bila sebut computer jangan lah anggap computer tu sebagai PC dan Laptop sahaja, macam-macam lagi yang awak semua tak tahu, apa itu computer? kalau nak tahu kena lah join course ni 😂😘

Kalau ambik course ni, kerja apa yang kita boleh buat? uisssh! macam-macam hokaay. Antaranya Software engineer, web developer dan web designer! ha menarik tak? jangan kata kita create blog sendiri, tapi boleh buat web sendiri, seronok kan? 😍 baca bawah ni okay? 

Bidang pekerjaan setelah tamat pengajian:
Graduan boleh bekerja sebagai
  • Pembangun Laman Web (Web Developer)
  • Eksekutif Projek IT (IT Project Executive)
  • Pentadbir Pangkalan Data (Database Administrator)
  • Eksekutif Keselamatan IT (IT Security Executive)
  • Perekabentuk Laman Web (Web Designer)
  • Eksekutif Keselamatan Internet (IT Internet Security Executive)
  • Perekebentuk Multimedia (Multimedia Designer)
  • Pengaturcara Komputer (Computer Programmer)
Graduan juga boleh meneruskan pengajian dalam bidang:
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
  • Ijazah Srajana Muda Sains Komputer
  • Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat
  • Ijazah Srajana Muda Multimedia

Haaa, macam mana? best tak? yang dah baca ni pun dah one step closer untuk jadi salah seorang bakal pelajar teknologi maklumat tau! (Jika berminat lah kan), fikir baik-baik tau. Saya jadi Student IT di Island College Of Technology, Penang. (secara tidak langsung terpromote) 😂😂 tapi Alhamdulillah, walaupun susah, biasalah mana ada yang senang tapi Alhamdulillah masih boleh ikut pembelajaran, and inshaallah you guys yang join pun mesti boleh! Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment