Monday, 1 August 2016

What Course???



Assalammualaikum.

Okay, dah menghadap laptop like almost 1 hour, now aku pening. Macam yang aku cakap sebelum ni, aku ni masih tersadai tak jumpa jalan nak sambung belajar lagi. So today, abang aku dah pun beli PIN UiTM & aku pun dengan gigih tengah isi borang online ni, tapi aku tersangkut pada skala 3, haha takdalah. Aku tersangkut nak pilih course apa actually, masa kecik dulu bukan main, bukan calang-calang punya cita-cita aku ni, siap nak jadi Doctor, Teacher, Architect bagai, dah sekarang tiba masa nak pilih course, aku sendiri yang pening. Tulah kan, mama ayah pesan belajar rajin-rajin bagi dapat result elok-elok, aku bagi result bunga taik ayam ja, haih sorry mama & ayah! 

Okay, yang tu okay lah lagi. Masalah yang menambahkan pening aku ni bila mama cakap dia taknak lepas aku study jauh-jauh, "i was like, susahnyaaaaaaaaaa" *screaming inside* yes, tahniah kepada diri sendiri yang telah menyusahkan diri sendiri, sapa suruh ceq takmau belajaq elok-elok kan. Aku sekarang tengah confuse, kalau ikutkan nak masuk KDU college swasta gituuww. tapi ko bayangkan fees dia? takkan disebabkan result bunga taik ayam aku, then aku nak nyusahkan mama ayah lagi. sob sob. But, kalau ikutkan cara mama cakap, dia macam setuju ikut cadangan aku, masuk KDU dulu sementara tunggu result spmu aku & result permohonan uitm ni. 

Aku dah tak kisah skrg ni, yang penting aku boleh sambung belajar ja. aku rasa macam kanak-kanak khas dah ni, orang lain dah ke mana-mana aku ni still duk rumah! oh nooooooooo. Wish me luck! x