Monday, 1 August 2016

What Course???



Assalammualaikum.

Okay, dah menghadap laptop like almost 1 hour, now aku pening. Macam yang aku cakap sebelum ni, aku ni masih tersadai tak jumpa jalan nak sambung belajar lagi. So today, abang aku dah pun beli PIN UiTM & aku pun dengan gigih tengah isi borang online ni, tapi aku tersangkut pada skala 3, haha takdalah. Aku tersangkut nak pilih course apa actually, masa kecik dulu bukan main, bukan calang-calang punya cita-cita aku ni, siap nak jadi Doctor, Teacher, Architect bagai, dah sekarang tiba masa nak pilih course, aku sendiri yang pening. Tulah kan, mama ayah pesan belajar rajin-rajin bagi dapat result elok-elok, aku bagi result bunga taik ayam ja, haih sorry mama & ayah! 

Okay, yang tu okay lah lagi. Masalah yang menambahkan pening aku ni bila mama cakap dia taknak lepas aku study jauh-jauh, "i was like, susahnyaaaaaaaaaa" *screaming inside* yes, tahniah kepada diri sendiri yang telah menyusahkan diri sendiri, sapa suruh ceq takmau belajaq elok-elok kan. Aku sekarang tengah confuse, kalau ikutkan nak masuk KDU college swasta gituuww. tapi ko bayangkan fees dia? takkan disebabkan result bunga taik ayam aku, then aku nak nyusahkan mama ayah lagi. sob sob. But, kalau ikutkan cara mama cakap, dia macam setuju ikut cadangan aku, masuk KDU dulu sementara tunggu result spmu aku & result permohonan uitm ni. 

Aku dah tak kisah skrg ni, yang penting aku boleh sambung belajar ja. aku rasa macam kanak-kanak khas dah ni, orang lain dah ke mana-mana aku ni still duk rumah! oh nooooooooo. Wish me luck! x



Friday, 29 July 2016

Happy Syawal

Assalammualaikum w.b.t

First of all, i think its not too late for me to wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin too all muslims out there. Its been a long time tak jenguk blog, ive deleted all my older post, bak orang cakap lah kan "buka buku baru, tutup buku lama", cewaaah. Since now masih dalam bulan syawal, it would be nice kalau aku cerita pengalaman raya tahun ni, bermulalah kisah...

Ahem, actually aku takdaklah nak cerita daripada first day raya sampai ke harini, just nak kongsi betapa happy nya aku raya tahun ni sebab... yeah aku buat open house & it was specially for my friends, JUST MY FRIENDS. Kalau tak silap, aku buat Raya ke-10/ Hari Jumaat. act tahun ni susah nak buat open house since kawan-kawan banyak yang dah sambung belajar gitu, aku sorang ja (adalah lagi 2-3 kawan) yang masih tersadai, tak jumpa jalan untuk sambung belajar lagi. Okay yang membaca, harap dapat doakan yang terbaik yeeeeeee.

okay sambung kepada cerita open house tadi. Aku ajak taklah ramai nak berbanding last year, adalah yang datang 12 orang ja, aku pun confuse patut panggil 'open house' ke idok. senang cerita, makan-makan kecilan aje. Tapi yang specialnya kalini sebab, ahem ahem VIP datang rumah, siapa lagi kalau bukan my boyfriend uhuhu. act ni tahun kedua kami sambut raya sekali, tapi this year is the first time, dia berpeluang menjejak kaki ke rumah ni, haaa yang lawaknya dia dah takut tahap terjatuh-jatuh sebelum nak masuk rumah, hahaha padahal masatu parents aku takdak pun! okaylah kan, first time datang, takut & malu semua tu its normal for me. Kalau aku jadi dia pun, totally aku dah rasa nak terkencing.

Alhamdulillah, everything was fine, dapatlah aku jumpa 12 orang kawan tu, Thanks to my VIP uzrrzl, and my friends yang datang. tahap peluh aku masa haritu jangan cakap, akulah yang kena masak, akulah yang kena melayan, but special thanks to my mom sebab dia yang buat special menu, Murtabak Maggie which is menu yang wajib ada setiap tahun! siapa yang pernah rasa tu tau lah nyum. tetitba aku dengar perut berbunyi ok bye. thanks for reading!